Posts Tagged ‘ tips ’

Bagaimana Malware, Spyware Masuk PC anda?

Malware, Spyware, junk software, malah virus boleh masuk komputer anda dengan beberapa sebab:

  • anda install sesuatu yang tidak sepatutnya diinstall, malah dari sumber yang tidak diketahui. contoh: screensaver, toolbar, smiley pack, dll
  • anda tidak ambil peduli application “sampingan” yang diinstall bersama-sama dengan application yg anda percayai
  • komputer anda sendiri telah dijangkiti oleh malware, dan malware tersebut install lagi banyak malware dlm komputer anda
  • anda tidak menggunakan Anti-virus / Anti-spyware yang berkualiti dan dijamin keberkesanannya.

sumber : howtogeek.com

Advertisements

Bahaya Online! 1

sesetengah perkara di internet adalah sangat merbahaya sekiranya tidak diberi perhatian yang serius. berikut disertakan salah satu daripada 10 perkara yang boleh menyebabkan anda dalam risiko.

1. “Keep me signed in” di public PC

bagaimana nak selamat?

  • jangan sesekali check/tanda kat box “keep me signed in” kalau PC tu bukan PC anda.
  • berhati2 dengan komputer di pejabat anda. kot2 la ada org curi2 guna sewaktu anda pegi tandas
  • lepas log-IN ke google ke, facebook ke, ebay ke, sila log-OUT selepas selesai urusan.
  • delete browser history. untuk privacy.
  • gunakan “privacy mode” dalam browser anda untuk menghilangkan jejak anda di internet. IE:InPrivateBrowsing, Chrome:NewIncognitoWindow.
  • jangan sesekali save password bila diminta oleh browser anda. org lain mungkin menggunakan pc tersebut dan boleh access ke akaun anda.

dipetik dari website gizmodo.com

Ninite Memudahkan Anda! :)

Ninite

Pernahkah anda menghadapi situasi ini?

Anda baru sahaja selesai memformat komputer. Selepas format, anda perlu menginstall semua software satu persatu pula. Anda perlu download Firefox, Yahoo Messenger, Winamp, Adobe Reader dan banyak lagi. Kemudian, anda perlu install satu persatu pula. Cube bayangkan berapa banyak masa yang anda perlu luangkan. Berapa banyak klik yang anda perlu buat. Pasti leceh bukan?

Tahukah anda dengan Ninite, anda boleh download dan install semua software yang anda perlukan hanya dengan beberapa klik sahaja! Menarik bukan? 😉

Cara-caranya:

1. Buka website ninite –> http://ninite.com/

2. Pilih software kegemaran anda.

3. Klik “Get Installer”.

4. Klik “Save” dan “Run”.

Kemudian, anda boleh pergi buat air kopi atau ke pasar atau apa-apa sahaja yang anda mahu lakukan. Biar Ninite siapkan semua proses installation software anda. Mudah bukan?

Hanya dengan 4 langkah mudah, semua software yang anda perlukan akan siap diinstall ke dalam komputer anda!

Selamat mencuba! 🙂