Posts Tagged ‘ software ’

Ninite Memudahkan Anda! :)

Ninite

Pernahkah anda menghadapi situasi ini?

Anda baru sahaja selesai memformat komputer. Selepas format, anda perlu menginstall semua software satu persatu pula. Anda perlu download Firefox, Yahoo Messenger, Winamp, Adobe Reader dan banyak lagi. Kemudian, anda perlu install satu persatu pula. Cube bayangkan berapa banyak masa yang anda perlu luangkan. Berapa banyak klik yang anda perlu buat. Pasti leceh bukan?

Tahukah anda dengan Ninite, anda boleh download dan install semua software yang anda perlukan hanya dengan beberapa klik sahaja! Menarik bukan? 😉

Cara-caranya:

1. Buka website ninite –> http://ninite.com/

2. Pilih software kegemaran anda.

3. Klik “Get Installer”.

4. Klik “Save” dan “Run”.

Kemudian, anda boleh pergi buat air kopi atau ke pasar atau apa-apa sahaja yang anda mahu lakukan. Biar Ninite siapkan semua proses installation software anda. Mudah bukan?

Hanya dengan 4 langkah mudah, semua software yang anda perlukan akan siap diinstall ke dalam komputer anda!

Selamat mencuba! 🙂

Advertisements