Posts Tagged ‘ antivirus ’

Komputer lembab! Tertekan!!

Pasti tertekan bukan sekiranya komputer anda lembab? Mahu buka Microsoft Word pun mengambil masa 2 minit. Apabila menonton filem, sangkut-sangkut pula. Apatah lagi kalau main game. Lagilah menyakitkan hati. Usah risau, di sini kami akan kongsikan beberapa tips asas untuk troubleshoot komputer yang lembab.

1. Uninstall program yang jarang/tidak digunakan.

Buka ‘Control Panel’ > ‘Add/ Remove Program’. Di situ akan disenaraikan semua program yang ada dalam komputer anda. Teliti satu persatu senarai tersebut dan uninstall kesemua program yang anda sudah jarang pakai atau tidak pakai langsung.

p/s: Jangan lupa untuk simpan installer ya. Sekiranya anda mahu pakai nanti, boleh install semula.

2. Buang program-program yang bertindih.

Anda tidak perlukan 3 jenis program yang fungsinya sama. Contohnya KMPlayer, Adobe Media Player, CCCP Player, Winamp Movie Player, DIVX Movie Player dan banyak lagi. Mungkin tujuan asal anda adalah untuk memainkan pelbagai jenis media file. Jangan risau. Anda uninstall sahaja semua player itu dan install VLC Media Player. Ia boleh memainkan kesemua jenis media file!

3. Pastikan komputer anda bersih dari virus.

Kemungkinan besar komputer anda lembab kerana diserang virus. Sekalipun komputer anda ada 3 antivirus, ianya tidak menjamin kesucian komputer anda dari virus. Apatah lagi jika antivirus anda tidak diupdate. Tips yang paling penting ialah, JANGAN INSTALL LEBIH DARI 1 ANTIVIRUS! Ia hanya akan melembabkan komputer anda.

Sekiranya anda sudah lakukan ketiga-tiga tips asas di atas tetapi komputer anda masih lagi lembab, kemungkinan besar ada masalah lain. Tips-tips yang lebih advance akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang, insyaAllah. Setakat ini sahaja dahulu. Sekian, terima kasih! 🙂

Advertisements