Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Panduan Asas Troubleshoot Masalah Biasa Windows

Takleh Masuk Windows.

korang punya komputer boleh boot dengan elok. korang nampak tulisan2 yg biasa keluar bila start komputer. tapi korang takleh masuk windows. korang tunggu punya tunggu tak masuk gak windows.

langkah yg boleh diambil adalah:

1. masuk safe mode.

untuk masuk safe mode, korang kene tekan key F8 pada masa yg betul bila korg start ON komputer korang. kalau tak tau bile masa yg betul tu, korg tekan je key F8 tu banyak kali bila korg ON komputer. kemudian akan keluar menu utk korang pilih Safe Mode.

Kalau korg boleh masuk Safe Mode, kemungkinan masalah komputer korg berpunca dari hardware ke, driver ke, atau kemungkinan spyware.

2. kalau takleh masuk gak safe mode?

kalau takleh gak, korang cube “Startup Repair” tools (untuk Windows 7 & Vista shj). cara nak access Startup Repair ni adalah sama macam korg nak access menu Safe Mode, cuma korg kene cari Advance Boot Options.

kemudian click “Repair Your Computer”

ataupun korg boleh gunakan Windows CD korg, boot pakai CD tu, dan pilih Repair. (hanya utk Windows 7 & Vista)

Advertisements

Bagaimana Malware, Spyware Masuk PC anda?

Malware, Spyware, junk software, malah virus boleh masuk komputer anda dengan beberapa sebab:

  • anda install sesuatu yang tidak sepatutnya diinstall, malah dari sumber yang tidak diketahui. contoh: screensaver, toolbar, smiley pack, dll
  • anda tidak ambil peduli application “sampingan” yang diinstall bersama-sama dengan application yg anda percayai
  • komputer anda sendiri telah dijangkiti oleh malware, dan malware tersebut install lagi banyak malware dlm komputer anda
  • anda tidak menggunakan Anti-virus / Anti-spyware yang berkualiti dan dijamin keberkesanannya.

sumber : howtogeek.com

Bahaya Online! 1

sesetengah perkara di internet adalah sangat merbahaya sekiranya tidak diberi perhatian yang serius. berikut disertakan salah satu daripada 10 perkara yang boleh menyebabkan anda dalam risiko.

1. “Keep me signed in” di public PC

bagaimana nak selamat?

  • jangan sesekali check/tanda kat box “keep me signed in” kalau PC tu bukan PC anda.
  • berhati2 dengan komputer di pejabat anda. kot2 la ada org curi2 guna sewaktu anda pegi tandas
  • lepas log-IN ke google ke, facebook ke, ebay ke, sila log-OUT selepas selesai urusan.
  • delete browser history. untuk privacy.
  • gunakan “privacy mode” dalam browser anda untuk menghilangkan jejak anda di internet. IE:InPrivateBrowsing, Chrome:NewIncognitoWindow.
  • jangan sesekali save password bila diminta oleh browser anda. org lain mungkin menggunakan pc tersebut dan boleh access ke akaun anda.

dipetik dari website gizmodo.com

Komputer anda lembab? Selalu hang?

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Komputer anda tidak lagi laju seperti sewaktu anda mula-mula beli dahulu. Sedang membuat kerja, tiba-tiba hang pula. Awal-awal dahulu tiada pula jadi begini. Apa yang sudah berlaku?

Penyelesaian anda? Format kemudian install semula. Apa? FORMAT? INSTALL SEMULA?? Bukankah ia menyusahkan?  Ia bukan sahaja lambat malah menyusahkan. Anda perlu install semula pelbagai program, perlu download semula patches, perlu copy semula MP3 dan macam-macam lagi. Leceh bukan?

Sebenarnya, format bukanlah langkah yang bijak dan ia juga bukanlah jalan penyelesaian yang mutlak. Perkara yang sama akan berulang kembali. Komputer anda akan jadi lembab semula, kemudian hang dan anda perlu format semula.

Untuk pengetahuan anda, ada jalan penyelesaian lain yang lebih baik tanpa perlu format. Antaranya anda perlu periksa semula program-program yang anda install samada anda masih menggunakannya ataupun tidak. Sekiranya anda sudah tidak menggunakannya, uninstall sahaja dari komputer anda. Periksa juga antivirus anda samada ia updated ataupun tidak.

Selain dari itu, ada banyak lagi perkara yang anda boleh periksa untuk memperbaiki kelajuan komputer anda. Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami:

Encik Haarith: 0173391337

Puan Nazrah: 0173907425

Kami sedia membantu anda! 🙂