Archive for July, 2010

Ninite Memudahkan Anda! :)

Ninite

Pernahkah anda menghadapi situasi ini?

Anda baru sahaja selesai memformat komputer. Selepas format, anda perlu menginstall semua software satu persatu pula. Anda perlu download Firefox, Yahoo Messenger, Winamp, Adobe Reader dan banyak lagi. Kemudian, anda perlu install satu persatu pula. Cube bayangkan berapa banyak masa yang anda perlu luangkan. Berapa banyak klik yang anda perlu buat. Pasti leceh bukan?

Tahukah anda dengan Ninite, anda boleh download dan install semua software yang anda perlukan hanya dengan beberapa klik sahaja! Menarik bukan? 😉

Cara-caranya:

1. Buka website ninite –> http://ninite.com/

2. Pilih software kegemaran anda.

3. Klik “Get Installer”.

4. Klik “Save” dan “Run”.

Kemudian, anda boleh pergi buat air kopi atau ke pasar atau apa-apa sahaja yang anda mahu lakukan. Biar Ninite siapkan semua proses installation software anda. Mudah bukan?

Hanya dengan 4 langkah mudah, semua software yang anda perlukan akan siap diinstall ke dalam komputer anda!

Selamat mencuba! 🙂

Advertisements

Komputer anda lembab? Selalu hang?

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Komputer anda tidak lagi laju seperti sewaktu anda mula-mula beli dahulu. Sedang membuat kerja, tiba-tiba hang pula. Awal-awal dahulu tiada pula jadi begini. Apa yang sudah berlaku?

Penyelesaian anda? Format kemudian install semula. Apa? FORMAT? INSTALL SEMULA?? Bukankah ia menyusahkan?  Ia bukan sahaja lambat malah menyusahkan. Anda perlu install semula pelbagai program, perlu download semula patches, perlu copy semula MP3 dan macam-macam lagi. Leceh bukan?

Sebenarnya, format bukanlah langkah yang bijak dan ia juga bukanlah jalan penyelesaian yang mutlak. Perkara yang sama akan berulang kembali. Komputer anda akan jadi lembab semula, kemudian hang dan anda perlu format semula.

Untuk pengetahuan anda, ada jalan penyelesaian lain yang lebih baik tanpa perlu format. Antaranya anda perlu periksa semula program-program yang anda install samada anda masih menggunakannya ataupun tidak. Sekiranya anda sudah tidak menggunakannya, uninstall sahaja dari komputer anda. Periksa juga antivirus anda samada ia updated ataupun tidak.

Selain dari itu, ada banyak lagi perkara yang anda boleh periksa untuk memperbaiki kelajuan komputer anda. Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami:

Encik Haarith: 0173391337

Puan Nazrah: 0173907425

Kami sedia membantu anda! 🙂